[ccpw id="5"]

HomeClassic CarDua simpang masuk Elmina ke Lebuhraya Guthrie ditutup untuk tambahbaik aliran trafik,...

Dua simpang masuk Elmina ke Lebuhraya Guthrie ditutup untuk tambahbaik aliran trafik, 27 April-26 Julai

-


Prolintas selaku pengendali Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) mengumumkan penutupan dua simpang masuk di Elmina terbabit akan ditutup selama tiga bulan bermula 27 April hingga 26 Julai 2024. Laluan yang terlibat ialah simpang masuk dari Elmina Timur ke arah Rawang dan juga simpang masuk dari Elmina Barat ke arah Shah Alam.

Menurut Prolintas, penutupan simpang terbabit adalah bagi usaha untuk menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Di mana pengguna yang datang dari Elmina Timur yang melalui Persiaran Elmina dan mahu ke Rawang diminta untuk membuat pusingan-U di bulatan berhampiran dengan Jambatan Ikonik Elmina. Manakala bagi pengguna yang datang dari Elmina Barat yang ingin ke Shah Alam perlu membuat pusingan-U di bulatan Elmina Timur (selepas simpang yang ditutup itu) sebelum memasuki susur ke Shah Alam.

“Sekiranya langkah ini dilihat berjaya mengatasi isu kesesakan yang berlaku di lokasi, pihak pengendali lebuhraya bercadang untuk membuat penutupan kekal simpang berkenaan,” kata Prolintas menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini terdapat rungutan dari penduduk Denai Alam/Bukit Subang yang mendakwa laluan di kawasan perumahan tersebut menjadi sesak teruk pada waktu puncak pagi dan petang ekoran pengguna jalan raya dari arah Saujana Utama yang menggunakan laluan Denai Alam/Bukit Subang dan Elmina Barat untuk memasuki GCE. Malah banyak perdebatan di kalangan para netizen yang merupakan penduduk di kawasan sekitar termasuk Elmina berhubung dengan isu ini.

Adakah dengan usaha yang dilaksanakan oleh Prolintas mampu membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan sekitar, kenalah tunggu dan lihat keberkesanannya kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



LATEST POSTS

Neanderthals ate birds. But how?

It’s pretty difficult to know what was on the menu for Neanderthals, particularly since smaller items like birds don’t usually leave many archaeological traces...

Andrew Houlihan returning to Dakar in 2025 in Malle Moto

Andrew Houlihan is set to make his return to the Dakar Rally in 2025 after three years away from the race. He received his...

Most Popular